hanisha humaira

hanisha humaira

teech

teech

Tuesday, June 28, 2011

keluarga bahagia




aku mengimpikan sebuah keluarga bahagia .. namun itu hanya mimpi.. aku tidak pernah merasa hadirnya seorang kakak.. abang mahupun abah.. aku cuma punya ibu.. untung bagi mereka yang punya keluarga bahagia.. namun aku cuma bisa bermimpi..

aku cuma bisa mengangkat orang luar menjadi abg, abah dan kakak ku.. namun harus ku akui aku masih tidak dapat merasakan bahawa aku punya mereka.. abg, kakak dan abah yang silih berganti.. datang dan pergi.. yang kadangkala menganggap aku sebagai beban.. apakah hikmah disebalik takdirku ini... jika orang senang mendapatkan sesuatu , aku perlu berusaha beratus kali ganda .. kadang-kadang aku terfikir kenapa ini yang menjadi takdirku.. perjalanan hidupku yang penuh pahit dan duka

Monday, June 27, 2011

cinta


cinta itu adalah satu perasaan yang dilemparkan oleh Allah kedalam seketul daging yanag bernama hati
cinta itu sesuatu yang sukar untuk dijangka.. sukar juga untuk di tepis kerana setiap yang hidup punya hati dan perasaan..
rasa cinta itu kadangkala boleh membahagiakan dan menyakitkan dalam masa yang sama.
dalam bahagia kita boleh merasakan sakitnya cinta itu..dan begitulah sebaliknya. ada orang yang mengatakan cinta itu perlukan pengorbanan.. komitmen, masa, hati, tanggungjawab dan tidak ketinggalan dari segi cinta material itu sendiri..
yalah.. masakan bercinta tapi tidak pernah memberikan sesuatu yang disukai oleh orang yang kita cinta.
cinta itu satu keperluan dalam hidup.. tiada seorang manusia pun yang mahu hidup bersendirian tanpa sesiapa di dunia ini.. setiap insan mahu dicintai dan mencintai..
persoalannya sekarang adakah kita mencintai orang yang mencintai kita dan adakah orang yang kita cintai mencintai kita... bila Allah ilhamkan rasa sayang kepada seseorag adakah kita berani meluahkannya..

pernah terjadi satu situasi dimana.. kita mencintai seseorang dalam diam.. perasaan itu kita semai dengan harapan kita akan hidup bahagia dengannya suatu hari nanti.. tiba-tiba kita memdapat tahu yang dia telah pun dimiliki dan memiliki.

hanya orang yang pernah merasainya tahu bagaimana rasa sakitnya.. akan tetapi kita perlu sedar bahawa kadangkala orang yang kita sayang cinta bukan ditakdirkan untuk kita

Monday, June 13, 2011

dalam meniti kehidupan sebagai seorang manusia.. kita telah lalui pelbagai peristiwa.. pahit, manis, sengsara.. tanpa kita sedari, semakin bertambah usia kita .. semakin banyak yang kita lalui... dan semua itu akan menjadi kenangan dalam hidup kita.. kita cuma punya dua pilihan.. sama ada menangisi atau ketawa apabila mengenang peristiwa lalu.. kenangan pahit... miskipun telah berlalu.. lukanya barangkali masih berbekas.. sekeping hati yang dilukai mesti akan merasai kepedihan itu.. kecuali.. masa kininya jauh lebih bahagia. seseorang itu pasti akan berasa sangat bertuah kerana dirinya pernah merasai nikmat kepedihan itu.

akan tetapi.. sekiranya masa kini seorang insan itu jauh lebih sengsara dari dahulunya.. pasti dia akan tertanya-tanya bilakah bahagia akan menggantikan sengsara? adakah dia tidak akan diberi peluang untuk merasai bahagia itu.

percaturan kehidupan, kadangkala teramat sukar dijanga.. mungkin hari ini bahagia, esoknya derita, atau sebaliknya.

atau lebih dasyat lagi.. adakah kita akan diberi peluang untuk menghirup udara segar pada esok hari.. atau.. esok kita bakal meninggalkan semua orang, dan harta yang kita sayangi.. esok mungkin kita akan bertemu dengan satu noktah. noktah kehidupan.

seandainya kita dapat mengjangka bilakah detik noktah kehidupan kita.. pernahkah terdetik dihati.. masih banyak yang kita perlu leraikan.. ungkapkan apa yang belum terungkap.. dan masih terlalu banyak perkara yang masih berbaki.. yang belum diselesaikan

sesungguhnya esok belum pasti... kejarlah masa hari ini walau tinggal beberapa jam.. jangan sesekali kita bertangguh-tangguh.. seandainya anda menyayangi seseorang.. luahkan padanya.. agar dia tahu ada yang sayang padanya.. kerana mungkin esok kan hilang.. panorama mentari tidak lagi di nikmati oleh pancaindera anda.

Total Pageviews