hanisha humaira

hanisha humaira

teech

teech

Monday, June 13, 2011

dalam meniti kehidupan sebagai seorang manusia.. kita telah lalui pelbagai peristiwa.. pahit, manis, sengsara.. tanpa kita sedari, semakin bertambah usia kita .. semakin banyak yang kita lalui... dan semua itu akan menjadi kenangan dalam hidup kita.. kita cuma punya dua pilihan.. sama ada menangisi atau ketawa apabila mengenang peristiwa lalu.. kenangan pahit... miskipun telah berlalu.. lukanya barangkali masih berbekas.. sekeping hati yang dilukai mesti akan merasai kepedihan itu.. kecuali.. masa kininya jauh lebih bahagia. seseorang itu pasti akan berasa sangat bertuah kerana dirinya pernah merasai nikmat kepedihan itu.

akan tetapi.. sekiranya masa kini seorang insan itu jauh lebih sengsara dari dahulunya.. pasti dia akan tertanya-tanya bilakah bahagia akan menggantikan sengsara? adakah dia tidak akan diberi peluang untuk merasai bahagia itu.

percaturan kehidupan, kadangkala teramat sukar dijanga.. mungkin hari ini bahagia, esoknya derita, atau sebaliknya.

atau lebih dasyat lagi.. adakah kita akan diberi peluang untuk menghirup udara segar pada esok hari.. atau.. esok kita bakal meninggalkan semua orang, dan harta yang kita sayangi.. esok mungkin kita akan bertemu dengan satu noktah. noktah kehidupan.

seandainya kita dapat mengjangka bilakah detik noktah kehidupan kita.. pernahkah terdetik dihati.. masih banyak yang kita perlu leraikan.. ungkapkan apa yang belum terungkap.. dan masih terlalu banyak perkara yang masih berbaki.. yang belum diselesaikan

sesungguhnya esok belum pasti... kejarlah masa hari ini walau tinggal beberapa jam.. jangan sesekali kita bertangguh-tangguh.. seandainya anda menyayangi seseorang.. luahkan padanya.. agar dia tahu ada yang sayang padanya.. kerana mungkin esok kan hilang.. panorama mentari tidak lagi di nikmati oleh pancaindera anda.

No comments:

Total Pageviews