hanisha humaira

hanisha humaira

teech

teech

Monday, June 27, 2011

cinta


cinta itu adalah satu perasaan yang dilemparkan oleh Allah kedalam seketul daging yanag bernama hati
cinta itu sesuatu yang sukar untuk dijangka.. sukar juga untuk di tepis kerana setiap yang hidup punya hati dan perasaan..
rasa cinta itu kadangkala boleh membahagiakan dan menyakitkan dalam masa yang sama.
dalam bahagia kita boleh merasakan sakitnya cinta itu..dan begitulah sebaliknya. ada orang yang mengatakan cinta itu perlukan pengorbanan.. komitmen, masa, hati, tanggungjawab dan tidak ketinggalan dari segi cinta material itu sendiri..
yalah.. masakan bercinta tapi tidak pernah memberikan sesuatu yang disukai oleh orang yang kita cinta.
cinta itu satu keperluan dalam hidup.. tiada seorang manusia pun yang mahu hidup bersendirian tanpa sesiapa di dunia ini.. setiap insan mahu dicintai dan mencintai..
persoalannya sekarang adakah kita mencintai orang yang mencintai kita dan adakah orang yang kita cintai mencintai kita... bila Allah ilhamkan rasa sayang kepada seseorag adakah kita berani meluahkannya..

pernah terjadi satu situasi dimana.. kita mencintai seseorang dalam diam.. perasaan itu kita semai dengan harapan kita akan hidup bahagia dengannya suatu hari nanti.. tiba-tiba kita memdapat tahu yang dia telah pun dimiliki dan memiliki.

hanya orang yang pernah merasainya tahu bagaimana rasa sakitnya.. akan tetapi kita perlu sedar bahawa kadangkala orang yang kita sayang cinta bukan ditakdirkan untuk kita

No comments:

Total Pageviews